Kedengaran azan sedang berkumandang
menandakan sudah masuk waktu solat Asar bagi wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
dan kawasan-kawasan yang sama waktu dengannya.- siaran langsung daripada TV3.
“Tiga perkara yang jangan
dilambat-lambatkan iaitu solat apabila masuk waktunya, jenazah apabila telah
siap (urusan mandi dan kafan) dan anak gadis setelah ditemui yang sesuai
untuknya.”-HR Tarmizi.
Jannah segera menutup buku pelajarannya
untuk segera menunaikan solat Asar. Jannah seorang yang amat menjaga hubungannya
sebagai hamba dengan pencipta-Nya. Setelah selesai berwuduk dan memakai
telekung solat, segera dia mengabadikan diri kepada pencipta langit dan bumi.
Sesungguhnya tiada nikmat yang lebih
besar melainkan nikmat Iman dan Islam.
Jannah kembali semula ke ruang tamu untuk menyambung study. Laju tangannya menulis nota
Sejarah.
Jannah kembali semula ke ruang tamu
untuk menyambung study. Laju tangannya
menulis nota Sejarah. Gaya Jannah belajar sesiapapun dapat mengagak bahawa
Jannah pasti akan lulus dengan cemerlang. Jannah terlalu kuat belajar sehinggakan
dia sendiri tidak ada waktu meluangkan masa bersembang dengan
sahabat-sahabatnya. Tujuannya cuma satu iaitu belajar sehingga ke menara
gading.
“Huhh,” sesekali terdengar keluhan
daripada bibir mungil Jannah. Letih otak agaknya kerana terlalu lama memerah
otak untuk mentelaah pelajaran SPM yang bakal dihadapinya enam bulan lagi.
Pergerakan tangannya terhenti apabila
terdengar suara halus memanggilnya dari luar ruang tamu. Dia menjenguk sekilas
apabila menyedari derapan kaki seseorang menghampirinya. Dipandangnya wajah yang
menyimpan pelbagai kedukaan dan kekuatan itu.
“Dah-dah lah study tu, pergilah tolong ibu angkatkan kain kat ampaian. Kering
dah kain jemuran tu. Nanti ambil malam-malam kan lembab pula baju tu. Dah
pergi.” Arah ibu Jannah, Puan Zainab. Tangannya mula diletakkan di atas bahu
anaknya. Jannah bersikap sedikit dingin kerana studynya diganggu.
“Aish! Ganggulah ibu ni, orang tengah
study kan. Nak orang berjaya tapi asyik arahkan itu, asyik suruh buat inilah.”
Jannah mengetap bibir. Marah. Jannah berlalu pergi untuk mengangkat kain di
ampaian.
Ibu mengeleng-geleng kepala melihat
sikap Jannah. Mana silapnya pun tak tahulah. Jannah selalu sangat marah-marah
kalau diarahkan ibunya untuk melakukan sesuatu. Sikap Jannah ini seringkali
membuatkan Puan Zainab terasa hati.
Solat itu mencegah daripada melakukan
kemungkaran. Walaupun Jannah seorang yang amat menjaga solat, tetapi
memandangkan sikapnya terhadap ibunya sedikit kurang ajar. Solat itu tidak
menjadi benteng kepada Jannah dari melakukan kemungkaran. Mungkin solat yang
didirikan Jannah masih kurang sempurna dan ada kecacatannya.
“Dirikanlah sembahyang. Sembahyang itu
mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar”-surah al-Ankabut, ayat 45.
Walhal sudah menjadi kewajiban Jannah
mentaati ibunya kerana apa yang diarahkan Puan Zainab tidaklah melanggari
syariat Allah S.W.T. “Dan Kami wajibkan kepada manusia agar berbuat baik kepada
kedua orang tuanya. Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan Aku
dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai ilmu tentang itu, maka janganlah
engkau patuhi keduanya. Hanya kepada-Ku tempat kembalimu dan Aku akan beritakan
kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.”- surah Al-Ankabut ayat 8.
Sejak kematian ayah dan kakaknya tiga
bulan yang lepas, sikap Jannah berubah mendadak. Sikapnya tidak seperti dulu
yang selalu bermanja dengan ibunya. Apa saja yang diarahkan ibunya, pasti akan
ditaatinya tanpa banyak soal.
Jannah sedikitpun tidak sedar,
perilakunya selama ini membuatkan ibunya selalu berkecil hati dengannya. Walaupun
dia belajar sekuat mana pun, tetapi hubungan dengan ibu dia tidak menjaganya,
tidaklah kemana Jannah melainkan gagal dalam pelajarannya. Oleh hal yang
demikian, bagi seorang pelajar, dia bukan saja perlu menjaga hubungan dengan
Pencipta malah sesama makhluk juga supaya dapat menjadi pelajar cemerlang.
Bukan saja cemerlang di dunia malah di akhirat kelak.
Bagi pendapat Jannah pula, Allah pasti
akan membantunya sekiranya dia kuat berusaha seperti pepatah arab ada
mengatakan, “sesiapa yang berusaha dia akan berjaya.” Tetapi Jannah terlupa
satu hal, firman Allah s.w.t “ redha Allah terletak kepada redha kedua ibu
bapanya.”
Malam itu, setelah selesai bersolat
Isyak, Jannah kembali mengulangkaji pelajaran. Ibunya sudah masak dengan Jannah
yang terlalu giler belajar. Makan
malam sedikit pun tidak dijamahnya, sedangkan ibunya penat-penat memasak
semata-mata untuk mengenyangkan Jannah.
“Jannah, marilah makan dulu. Nanti
sambunglah semula study tu.”lembut suara Puan Zainab memanggil anaknya. Hati
ibu, walaupun terguris macam mana pun dengan sikap anak-anak tetap jua akan
dilayan dengan baik.
Jannah memandang ibunya, “makan pun
ajak orang. Makan sajalah. Jannah sibuk ni, esok nak kena hantar homework ni.” Balas Jannah dingin sambil
tangan sibuk menyelesaikan kerja sekolah.
Puan Zainab masih dapat bersabar dengan
sikap Jannah. “Makanlah sikit, tak elok belajar dalam keadaan perut lapar.”
Pesan ibunya lembut.
“Biarlah eh. Perut Jannah, bukan perut
ibu pun.” Balas Jannah endah tak endah. Sedikit pun dia tak sedar akan
perubahan wajah ibunya dengan bahasa yang dituturkannya.
Menitis perlahan air mata seorang ibu
kerana sikap anaknya yang menguris naluri keibuannya. Setitis air mata ibu
jatuh kerana perbuatan kita, berdosa seorang anak itu sebelum dia meminta maaf
daripada ibunya. Tapi Jannah telah dibutakan mata hatinya daripada melihat
kesilapannya.
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
Jannah gelisah. Semua yang diajarkan
guru Matematik kepadanya sedikit pun tidak sampai. Dia tak dapat memahami
pelajaran yang diajar gurunya. Seperti ada hijab yang menghalanginya daripada
sampai ilmu tersebut kepadanya.
“Jannah.” Panggil Puan Yusniza. Tiada
sahutan daripada Jannah. Jannah seperti masih diawang-awangan. Puan Yusniza menepuk
perlahan bahu Jannah. Tersentak Jannah dibuatnya.
Semua sahabat-sahabatnya hairan melihat
sikap Jannah. Terdengar bisik-bisik kecil daripada kawan-kawannya yang
memperkata tentang dirinya. Akhir-akhir ini Jannah seperti tidak dapat
mengikuti dengan baik pelajaran yang diajar walaupun Jannah seorang pelajar
cemerlang.
“Kamu sakit ke Jannah? Cikgu perhatikan
kamu sejak dua menjak ni macam ada yang tak kena saja. Kamu nampak macam orang
yang dalam kebingungan.” Jannah diperhatikan oleh semua pelajar kelasnya. Ada
sesetengah pelajar yang tidak memperdulikannya kerana sibuk hendak mengisi
perut yang telah berkeroncong.
“Tak. Saya tak tahulah cikgu, saya rasa
macam ada sesuatu yang menghalangi saya daripada memperoleh ilmu yang cikgu
ajar. Saya pun tak tahu apa kena dengan diri saya. Saya bingung cikgu.” Ujar
Jannah dengan nada sedih. Keadaan sepi. Hanya kedengaran suara teresak-esak
dari Jannah.
“Tak apalah Jannah. Banyakkan berdoa
kepada Allah. InsyaAllah sekiranya dikehendaki Allah, Allah akan bagi jalan keluar.
Sabar. Orang yang sabar tak akan rugi malah akan memperoleh ganjaran daripada
Allah S.W.T.” nasihat Puan Yusniza.
“Baiklah cikgu. Terima kasih.”ucap
Jannah. Dia berasa sedikit tenteram setelah mendapat nasihat secara tidak
langsung daripada cikgunya. Sekian lama merenung nasib dirinya, Jannah mengemas
buku-buku pelajarannya untuk dimasukkan ke dalam beg sekolah. Semua sahabatnya
telah pulang setelah tamat waktu persekolahan.
Ainul yang merupakan kawan baik Jannah
menghampirinya. Ainul tahu bahawa Jannah berkeadaan sedemikian kerana sikapnya
yang dingin dan kurang ajar terhadap ibu kandungnya sendiri. Namun, Jannah
menafikannya.
“Mana ada.” Sangkal Jannah. “Aku jadi
macam ni tak ada kena mengena langsung dengan sikap aku terhadap ibu aku. Kau jangan
cakap macam kau tahu semua tentang aku. Macamlah kau tu baik sangat. Eh, setiap
manusia melakukan kesilapanlah. Aku pun sama. Aku bukannya manusia perfect.” Sindir Jannah. Ainul tersenyum
sinis.
“Memang kau bukan manusia perfect. Betul apa yang kau cakapkan tu,
setiap manusia melakukan kesilapan tapi kau tu melakukan kesilapan dengan
sengaja. Kalau tak sengaja bolehlah dimaafkan. Ini tak.” Balas Ainul masih cuba
menyedarkan Jannah.
“Whateverlah.
Aku tahu aku akan berjaya. Kau tengak sajalah dengan result exam aku yang
selalu gempak tu. Mana ada kecundang.” Jannah riak dengan kelebihan yang ada
pada dirinya. Seketika dia lupa akan nikmat yang Allah berikan. Sekiranya Allah
berkehendak, sekejap saja kelebihan itu Allah tarik namun Allah adalah
sebaik-baik perancang.
“Kau ingat kau akan berjaya kalau ibu
sendiri kau tak taat? Dahlah riak. Eh, Allah bencilah orang yang riak ni.
Sekuat mana pun kau berusaha tapi kalau ibu kau sendiri tak meredhai kau,
jangan harap Allah nak redha akan kau.” Kata Ainul geram lalu beredar
meninggalkan Jannah yang sedang menahan kemarahan.
“Huh! Macamlah dia tu bagus sangat.”
Jannah mencebik.
Jannah berlalu ke library untuk mentelaah pelajaran yang dia telah ketinggalan sebentar
tadi. Jannah mengeluh. Semua buku yang dia baca seperti tidak lekat di
kepalanya. Jannah naik geram dengan kejadian yang menimpa dirinya. Mana
silapnya Jannah masih tak dapat mengesannya.
Sebenarnya, semua itu berpunca kerana
Puan Zainab terlalu banyak terasa dengan anaknya sehingga Puan Zainab seperti tidak
meredhai Jannah. Hal ini demikian kerana segala kelakuan dan percakapan Jannah
sering kali membuatkan Puan Zainab terasa sehingga sampai satu tahap ibunya
seperti berputus asa untuk menganggapnya sebagai anak.
Jannah terlalu mementingkan pelajaran
sehingga dia tiada masa untuk bertegur sapa dengan ibunya walaupun mereka
tinggal sebumbung. Jannah alpa akan duniawi. Segala hidupnya banyak dihabiskan
dengan buku, buku dan buku. Dia leka, sedangkan dunia ini hanyalah persinggahan
sementara. Tidak ke mana ilmu dunia itu sekiranya ibu yang wajib ditaati tidak dihiraukan
saja.
“Arghh!! Geramlah. Apa yang tak kena
dengan aku ni?!” bentak Jannah setelah sekian lama mentelaah. Semua yang
dibacanya, satu pun tak masuk di dalam otaknya.
Semua pelajar yang berada di library memandang serong kepada Jannah.
Sinis mata-mata yang merenung Jannah sambil berbisik sesama mereka seperti
mengatakan yang Jannah ini giler
akibat terlalu kuat belajar.
“Apa tengok-tengok?! Buat hal
sendirilah.” Marah Jannah dengan kasar lalu menyentap kasar begnya. Dia berlalu
pergi.
Sampai saja di rumah, dia melepaskan
geram kepada ibunya pula. Ibunya yang tak tahu-menahu apa-apa menjadi mangsa
kemarahan Jannah. Sungguh. Sikap Jannah terlalu menjengkelkan sehingga sanggup
membentak-bentak ibunya.
“Apa salah ibu sampai kamu marah sangat
kat ibu? Cuba bagi ibu faham.”lembut tutur ibunya walaupun sebak didada.
Bertakung air mata ibunya.
“Semualah salah ibu, dahlah aku malas
nak bertengkar dengan ibu. Buang air liur saja. Dah lah kat sekolah macam-macam
hal jadi. Tension!! ” Jannah yang sedang dikuasai bisikan kemarahan syaitan,
tanpa sengaja melanggar kasar bahu ibunya. Biarpun Jannah dihujani rasa
bersalah dengan tindakannya yang tanpa sengaja, namun disebabkan ego dia
biarkan saja ibunya tanpa ada sekelumit keinginan untuk memohon maaf.
Terduduk ibunya mengenangkan sikap
kurang ajar Jannah. Menitis air mata si ibu memikirkan tingkah laku dan
perwatakan Jannah yang semakin menjadi-jadi dari sehari ke sehari.
Di dalam bilik, Jannah menangis perlahan.
Dia sendiri tak sedar kenapa dia boleh
bersikap sedemikian. Setiap kali melihat wajah ibunya, perasaan benci
meluat-luat. Dia sediri tak tahu kenapa perasaan itu hadir. Mungkinkah kerana
suatu ketika dahulu ibunya terlalu memanjakannya sehingga dia menjadi seperti
ini. Sejak kematian ayah dan kakaknya, semua kerja rumah Jannah yang perlu
selesaikan. Dulu kakaknya yang lakukan semuanya.
“Salah ke tindakan aku ni?”omel Jannah
bersendirian. Namun, bisikan syaitan lebih menguasai diri Jannah berbanding
bisikan malaikat.
“Ya! Betul, kalau aku berusaha, Allah
pasti akan bantu aku. Allah kan lebih penting daripada segala-galanya.
Persetankan semua arahan ibu aku tu.” Jannah tersenyum sinis.
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
Hati Jannah semakin tidak tenteram. Ada
saja perkara yang tak kena pada matanya. Mungkinkah kerana dia tidak
menghormati ibunya? Jannah semakin bingung.
“Kami turunkan dari ayat Quran itu
penawar dan rahmat bagi orang yang beriman..”-surah al-Israk ayat 82.
“Wahai umat manusia! Sudah datang
kepadamu pengajaran dari Tuhanmu dan penawar bagi penyakit yang ada di dalam
dadamu dan petunjuk ,serta rahmat bagi orang yang beriman.”-surah Yunus ayat
57.
Jannah mengambil keputusan untuk
membaca al-Quran. Dia mengaji beberapa surah di dalam al-Quran. Setelah membacanya,
hatinya menjadi sedikit tenteram berbanding sebelumnya. Dia tersenyum lega.
Al-Quran bukan sahaja panduan hidup
muslim malah boleh dijadikan buku perubatan kerana di dalamnya terkandung
pelbagai petunjuk memupuk kesihatan diri. Oleh yang demikian juga al-Quran
disebut sebagai Asy-Syifa atau penyembuh.
Jannah menjenguk ke dapur. Dia membuka
tudung saji untuk melihat sarapan apa pagi itu. Nasi lemak. Sedap. Terliur
Jannah melihat nasi lemak ibunya. Perut Jannah menyanyi riang.
“Sabda Rasulullah S.A.W : Makanlah
ketika lapar dan berhentilah sebelum kenyang.”
Puan Zainab menghampirinya yang sedang
asyik mengisi perut. Jannah ternampak bakul baju di tangan ibunya, jemur kain
agaknya. Jannah tersenyum sendirian kerana ibunya sudah tidak memintanya lagi
untuk menjemurkan kain.
“Ibu, makan sekali?” pelawa Jannah.
“Tak apalah. Ibu dah makan tadi. Ibu
ada kerja lagi ni. Jannah makanlah.” Tutur ibunya lembut. Jannah menjungkitkan
bahu tanda tidak mahu pedulikan ibunya.
Hari itu, Jannah membuat keputusan
untuk tidak belajar. Dia membuka siaran TV untuk menonton siri kartun
kegemarannya iaitu Totally Spies. Dia mengadap TV saja sehingga hampir masuk
waktu tengah hari. Dia tercium bau wangi di dapur.
Jannah berlalu ke dapur. Dia nampak
ibunya sedang membakar ikan cencaru. Fuh! Sedap ni. Kecur air liur Jannah
melihat ikan cencaru bakar itu. Seketika, matanya terpandangkan ayam pula. Eh?
Jannah melihat ibunya memasak. Pertama
kali Jannah menjejakkan kaki ke dapur untuk melihat ibunya memasak. Sebelum ini
tidak pernah Jannah nak menyibukkan dirinya di dapur.
“Ibu, ayam tu nak buat apa? Bukankah
ikan cencaru bakar tu dah ada?” soal Jannah hairan.
“Ayam ni ibu nak masak ayam masak
merah.”kata ibu ringkas sambil tangan sibuk membasuh ayam di dalam sinki.
Berkerut dahi Jannah. Dia teringatkan
pesanan ustazahnya di sekolah dahulu. Tazkirah itu diberikan supaya
pelajar-pelajar dapat menjaga kesihatan dengan baik supaya apabila tiba saatnya
peperiksaan tidaklah ada pelajarnya yang sakit kelak.
“Ustazah Jannah cakap, kita tak boleh
makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Mudah mendapat penyakit.
Banyak lagi larangan tentang pemakanan ni. Semuanya bersandarkan kepada hadis
nabi S.A.W.” Terang Jannah panjang lebar.
Jangan makan susu bersama daging,ikan,
ayam dan cuka. Selain itu, kita tak
boleh makan daging bersama ikan. Jangan juga makan ikan bersama telur dan daun
salad.
Tersenyum ibunya mendengar celoteh
Jannah. Dalam masa yang sama ibunya juga masih hairan dengan Jannah.
Perangainya sekali baik sekali tak elok. Adakah akibat terlalu banyak study
membuatkan Jannah sedikit tidak siuman? Tiada siapa dapat menjawabnya.
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
Hati Jannah tidak keruan kerana
keputusan trial SPM Jannah jatuh merundum. Tidak pernah dia mendapat result
yang sebegini teruk. Besar sungguh tamparan yang dihadapi Jannah. Dia berasa
amat-amat kecewa dengan dirinya. Guru-gurunya pula ramai yang tidak percaya
dengan prestasi Jannah yang semakin jatuh.
Jannah naik bingung. Dia pulang ke
rumah dengan langkah longlai. Dia perasan mata ibunya memandangnya pelik
seperti bertanya kepada Jannah, “kenapa ni Jannah?”.
Jannah bergegas masuk ke kamarnya tanpa
sempat ibunya menyoalnya apa-apa. Dia menangis semahu-mahunya. Dia kecewa.
Hanya kekecewaan menemaninya saat ini. Tiada lagi saat-saat gembira tatkala
menanti result peperiksaan SPM.
Jannah tertidur. Di dalam mimpinya, dia
telah mendapat petunjuk dari Allah S.W.T. Syukur. Allah masih menyayangi Jannah
dan masih memberikan hidayah untuknya supaya kembali sedar akan segala
kesalahannya.
“Ibu, jangan tinggalkan Jannah ibu.
Ibu.”teriak Jannah hampir kehabisan suara.
Dia masih tak percaya bahawa sebujur
tubuh kaku yang berada di hadapannya sekarang adalah ibunya. Mustahil ini
adalah realiti.
Jannah menangis meratapi kematian
ibunya. Segala usaha jiran-jirannya untuk menyedarkannya masih tidak berkesan.
Saat ini Jannah berasa amat kehilangan sekali. Maka, yatim piatulah Jannah.
Tangisan Jannah terhenti apabila seorang jiran menasihatinya.
Ketika inilah, dosa-dosa dan
kederhakaan Jannah kepada ibunya jelas bermain di mata. Dia menangisi
dosa-dosanya. Tatkala ini, sekiranya Allah memberinya peluang dia pasti akan
berbakti kepada ibunya, tiada lagi sikap kurang ajar.
“Ibu, Jannah sendirian ibu. Tolonglah,
kembalilah ibu. Ya Allah! Kau kembalikanlah kembali ibuku di
pangkuanku.Janganlah kau ambilnya kembali saat aku masih belum sempat memohon
sebuah keampunan darinya. Aku sedar bahawa aku tak berhak meminta kembali ibu yang
cuma pinjaman buatku namun aku hanya seorang insan yang lemah dan hina yang
masih perlukan didikan darinya. Ya Allah. ” Tangis Jannah. Sebak di dada rasa
amat menyesakkan. Dia lemas. Lemas dalam kesedihan.
Pilu hati Jannah melihat ibunya
dikebumikan. Perlahan-lahan jasad ibunya di tanam dengan tanah. Sedikit demi
sedikit tanah mulai menutupi tubuh kaku ibunya. Seketika mata Jannah berpinar. Jannah
pengsan.
Jannah tersedar dari mimpi ngerinya.
Matanya seperti tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Apakah semua ini
benar? Ibunya berada di sisinya sambil tersenyum melihat Jannah. Jannah dengan
pantas memeluk erat ibunya sambil menangis dibahu ibunya.
“Ibu, Jannah minta ampun ibu. Jannah
sedar selama ini Jannah terlalu banyak dosa dengan ibu. Jannah khilaf ibu.
Jannah alpa dengan kehidupan yang sementara ini.”tersedu-sedan Jannah memohon
kemaafan dari ibunya.
Saat ini, ibunya terlalu gembira kerana
Jannah telah sedar akan kesalahannya. Dia bersyukur doanya telah dimakbulkan
oleh Allah Taala. Tidak sia-sia dia bersabar selama ini. Benarlah janji Allah
kepada hamba-hambaNya yang sabar dengan ujian dan cubaan dari-Nya.
“Wahai orang-orang yang beriman
bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap-siaga(di
perbatasan negerimu)dan bertakwalah kepada Allah agar kamu beruntung.”- Surah
ali-Imran ayat 200.
Jannah mengambil result peperiksaan SPM
bersama ibunya. Dalam perjalanan ke dewan, semua guru-guru Jannah mengucapkan
tahniah kepada Jannah dengan resultnya yang cemerlang. Jannah bingung kerana
dia masih belum melihat result tersebut. Perasaan berdebar-debar hadir bersama
saat ingin mengambil slip peperiksaan SPM.
9A. Terpana Jannah dengan slip
peperiksaan yang diambilnya sebentar tadi. Dia seperti tidak percaya akan
resultnya. Tika inilah, Jannah semakin sedar bahawa semua usahanya akan menjadi
sia-sia sekiranya dia tidak menghormati ibunya. Sejak mendapat sebuah kemaafan
daripada ibunya, hati Jannah semakin tenang dan fikirannya semakin lapang. Mengertilah Jannah bahawa semua kerjanya
mendapat keberkatan sekiranya ibunya ditaati. Jannah erat memeluk ibunya.
Ibunya tersenyum bahagia.
p/s : Malu nak post cerpen sebenarnya sebab rasa macam kelakar. Tapi gitulah, moga-moga ada gak sedikit kebaikan dapat kita ambil dari cerita pendek di atas. Sekian. Oh ye, silalah komen dan bagi pandangan ea. (cerpen nie ditulis untuk menyertai pertandingan anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka, tapi bukan rezeki saya, cerpen nie tak menang.)
cerpen yang sangat menarik, semoga istiqomah dalam kebaikan
ReplyDeleteInsyaAllah. 😊
Delete