Thursday, 19 May 2016

Jururawat Pelatih (JP)

Assalamualaikum..

Nurse. Semua tahu kan apa itu nurse,ramai anggap nurse tugas yang mulia. Yes. It's true.. And i am proud being in this course..

Saham diri bila jadi nurse ni memang tinggi. Contohnya kawan aku bila post je gambar dia dalam fb,wechat or pape je. terus berpusu2 masuk add as friend. Haha..

Kadang2 doktor pun boleh bertukar kita JP nie as a staff nurse.. Amboi. Ha, bila aku dah duduk dalam bidang nie, baru ak faham kenapa staff nurse kat luar sana sekarang asyik bermasam muka je. Why? Sebab teramat mencabar bidang nie. Orang mungkin ingat biasa je, 'alah nurse nie keje dia bagi ubat je, basuh berak kencing patient,  jaga patient, itu je.' tapi dia x berhenti setakat tu, aku nak cakap lebih2 pun x boleh sebab aku pun baru JP sem1 tahun 1. Haha. Tapi seriously jangan pandang rendah kat nurse wei.

Aku ambil bidang nie asalnya bukan minat pun. 2x dapat aku reject sebab tak minat and fikir aurat. Malulah kan bila terpaksa dedahkan aurat and pakaian nampak bentuk tubuh. Pulak tu kena pegang patient tak kirabangsa, jantina lelaki or perempuan. But bila dah jadi JP nie perasaan tu xde dah sebab rasa kesian dekat patient yang lebih perlukan bantuan kita.

Haha, sejak stay dalam bidang nie, timbullah cita2 baru.Nak jadi nurse sukarelawan untuk bantu rakyat Palestine, Syria. Haha, tapi sebelum tu kena tuntut ilmu betul2 faham dan mahir supaya kat sana nanti, jika diizinkan Allah dapatlah aplikasikan. Tapi niat yang macam tu, kenalah Allah uji dulu sebab nak hadapi dunia macam Palestine tu perlukan tahap mental dan fizikal yang tinggi. Kerohanian pun sama. Kalau jadi staff nurse kat malaysia pun dah rasa sukar, macam mana nak hadapi cabaran kat sanakan.

Itu je lah setakat yang aku nak kongsikan. Ahh,lega dah luahkan dalam blog nie.. Nanti 20 tahun akan datang bolehlah aku tersenyum baca blog nie bila InsyaAllah dah jadi nurse yang diiktiraf nanti. doa kan aku. Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment