Thursday, 4 August 2016

INTERVENSI KEJURURAWATAN

Intervensi Kejururawatan.

1. Kesesakan saluran pernafasan iaitu kurang efektif berkaitan dengan sekresi berlebihan.

}Rehatkan pesakit secukupnya supaya dapat mengurangkan aktiviti metabolisma badan.
}Bagi pesakit minum minuman yang suam supaya dapat mencairkan sekresi berlebihan.
}Posisikan pesakit pada posisi Fowler’s supaya dapat mengembangkan ruang toraks untuk mudahkan pernafasan.
}Bagi pesakit ubat pada kuantiti yang sesuai mengikut preskripsi doktor.
}Bagi bantuan terapi oksigen kepada pesakit supaya dapat membantu pesakit bernafas dengan baik.

2. Gangguan pertukaran gas/dipsnea/ ventilasi yang kurang berkaitan dengan gas
}Rehatkan pesakit secukupnya supaya dapat mengurangkan aktiviti metabolisma badan.
}Bagi bantuan terapi oksigen kepada pesakit supaya dapat membantu pesakit bernafas dengan baik.
}Menyediakan pengudaraan yang baik seperti membuka tingkap supaya pesakit dapat udara yang segar.
}Ajar pesakit melakukan senaman pernafasan dalam untuk membantu pesakit bernafas dengan betul.
}Posisikan pesakit pada posisi Fowler’s supaya dapat mengembangkan ruang toraks untuk mudahkan pernafasan
3. Perubahan nutrisi menurun  berkaitan dengan anoreksia dipsnea.
}Bagi pesakit makan sedikit tetapi dengan kerap untuk tingkatkan selera makan.
}Galakkan keluarga pesakit membawa makan kegemaran untuk tingkatkan selera makan.
}Elakkan pesakit minum air dengan banyak sebelum makan untuk elak pesakit cepat kenyang.
}Sediakan persekitaran yang baik iaitu jauhkan bedpan dari pesakit untuk tingkatkan selera makan pesakit.
}Suap pesakit makan agar pesakit dapat nutrisi yang mengcukupi.
}Posisikan pesakit pada posisi Fowler’s supaya pesakit tidak tercekik ketika makan dan mudahkan pesakit menelan.

No comments:

Post a Comment