Thursday, 18 August 2016

Bukan senang nak senang

"Bestla mu, dapat nursing under SPA. Dapat elaun, tak perlu dah fikir pasal pinjaman. Untunglah,"

Memanglah, dari segi kewangan memang senang, dapat elaun kot. Alhamdulillah tak perlu pikir PTPTN .Tapi Cuba tengok dari segi cara belajar,  cara praktikal, life style kami kat sini. Kami kelas dari 8pagi-5petang tiap hari. Tak termasuk dengan waktu prep yang wajib lagi  dengan aktiviti koko yang pack giler.kami pun Tak pernah merasa nikmat 'kelas batal' and sambung tido. Kehadiran kena full. Ah! Ada sekali kelas dibatalkan, tapi x bermakna kami cuti sebab kena ganti balik kelas. Kalau cuti sebab sakit ke apa ke, kena ganti balik sebab x cukup hour study. Pegi kelas cuma berbaju putih, bukan boleh pakai baju cantik cantik. Nak outing pun kena isi buku tu,  isi buku nie, kena tinggal pas. Nak cuti pun banyak borang kena isi. Bila exam, setiap hari ada paper. Lepas exam teori, exam OSCE pulak. Masa praktikal, takde nya kami duk rilek rilek, nak usha MA, doc . Kami pun kerja shif . Pagi, petang, malam . Kami pun sama naik bantu staf,  doc yang tengah sibuk tuu. Apa yang kami belaja,  kami terus praktis kat patient, salah kami habis la patient tu. Bukan stakat kena sembur dgn relative, sister,  matron, pihak kolej semua kena .So, jangan nak cakap banyak, cuba dlu duduk kat tempat kami baru tahu macam mana susah nya dalam latihan nak jadi staf Kementerian Kesihatan Malaysia ni.

No comments:

Post a Comment