Thursday, 25 August 2016

Setiap Ujian Allah Ada Hikmahnya.

Assalamualaikum..

Setiap yang berlaku atau diuji Allah ada hikmahnya kan. Kadang2 kita tahu apa hikmahnya, dan kadang2 kita perlu ambil masa yang lama untuk cari hikmah disebalik ujian yang diberi. Sebab apa? sebab Ujian tanda Allah ingat akan kita. Baikkan Allah, Dia ingat kat kita dengan cara bagi kita ujian, untuk kita merintih dan mencari Allah, tuhan yang wajib disembah.

Rugi tau kalau orang tu tak pernah ditimpa susah sebab itu tandanya Allah bukan lupa akan kita, hambanya
sahaja tapi Allah jauhkan diri kita dari-Nya supaya semakin lama kita semakin hanyut dengan dunia. Rugi orang macam tu walaupun kita nampak dia senang je tak pernah susah. kan? so better dapat ujian kan?

Then, adalah satu kisah nie dimana dia nak mencerita apa hikmah disebalik ujian yang berlaku. cerita dipetik dari kawan saya ketika pulang dari kelas.

Kisahnya, ada seorang raja dan penasihat dia pergi berburu dihutan. Kemudian raja tersebut di-ngap binatang buas namun sempat diselamatkan oleh penasihatnya, kecuali jari kelingking raja tersebut dibaham binatang buas.

Di istana, penasihat tersebut di penjara disebabkan gagal menyelamatkan raja walau jari kelingking dia sahaja hilang. Setelah itu, raja pergi ke hutan berseorangan tanpa teman dan telah di tangkap oleh canibal. Saat orang canibal nk makan raja tersebut, raja dilepaskan dengan alasan raja itu cacat sebab tiada jari kelingking. Maka selamatlah raja dari dimakan.

Apabila di istana, raja tersebut berjumpa penasihatnya lalu menceritakan kejadian tersebut. Maka penasihat tersebut menerangkan hikmah disebalik ujian yang diturunkan.

Raja : wahai penasihat, aku hampir dimakan canibal tapi disebabkan aku kehilangan jari kelingking aku telah terselamat. maka, kamu aku lepaskan.
Penasihat : terima kasih tuanku, itulah hikmahnya kenapa jari tuanku hilang.
Raja : ye.. betul, tapi apa pula hikmahnya kamu telah beta kurung.
Penasihat : *sambil tersenyum dia berkata, mungkin sekiranya saya tidak dikurung tuanku, saya akan ikut tuanku, dan mungkin saya akan dimakan disebabkan saya cukup sifat anggota.

Maka raja tersebut faham apa yang berlaku pasti ada hikmahnya yang tersembunyi.

Thursday, 18 August 2016

Bukan senang nak senang

"Bestla mu, dapat nursing under SPA. Dapat elaun, tak perlu dah fikir pasal pinjaman. Untunglah,"

Memanglah, dari segi kewangan memang senang, dapat elaun kot. Alhamdulillah tak perlu pikir PTPTN .Tapi Cuba tengok dari segi cara belajar,  cara praktikal, life style kami kat sini. Kami kelas dari 8pagi-5petang tiap hari. Tak termasuk dengan waktu prep yang wajib lagi  dengan aktiviti koko yang pack giler.kami pun Tak pernah merasa nikmat 'kelas batal' and sambung tido. Kehadiran kena full. Ah! Ada sekali kelas dibatalkan, tapi x bermakna kami cuti sebab kena ganti balik kelas. Kalau cuti sebab sakit ke apa ke, kena ganti balik sebab x cukup hour study. Pegi kelas cuma berbaju putih, bukan boleh pakai baju cantik cantik. Nak outing pun kena isi buku tu,  isi buku nie, kena tinggal pas. Nak cuti pun banyak borang kena isi. Bila exam, setiap hari ada paper. Lepas exam teori, exam OSCE pulak. Masa praktikal, takde nya kami duk rilek rilek, nak usha MA, doc . Kami pun kerja shif . Pagi, petang, malam . Kami pun sama naik bantu staf,  doc yang tengah sibuk tuu. Apa yang kami belaja,  kami terus praktis kat patient, salah kami habis la patient tu. Bukan stakat kena sembur dgn relative, sister,  matron, pihak kolej semua kena .So, jangan nak cakap banyak, cuba dlu duduk kat tempat kami baru tahu macam mana susah nya dalam latihan nak jadi staf Kementerian Kesihatan Malaysia ni.

Thursday, 4 August 2016

INTERVENSI KEJURURAWATAN

Intervensi Kejururawatan.

1. Kesesakan saluran pernafasan iaitu kurang efektif berkaitan dengan sekresi berlebihan.

}Rehatkan pesakit secukupnya supaya dapat mengurangkan aktiviti metabolisma badan.
}Bagi pesakit minum minuman yang suam supaya dapat mencairkan sekresi berlebihan.
}Posisikan pesakit pada posisi Fowler’s supaya dapat mengembangkan ruang toraks untuk mudahkan pernafasan.
}Bagi pesakit ubat pada kuantiti yang sesuai mengikut preskripsi doktor.
}Bagi bantuan terapi oksigen kepada pesakit supaya dapat membantu pesakit bernafas dengan baik.

2. Gangguan pertukaran gas/dipsnea/ ventilasi yang kurang berkaitan dengan gas
}Rehatkan pesakit secukupnya supaya dapat mengurangkan aktiviti metabolisma badan.
}Bagi bantuan terapi oksigen kepada pesakit supaya dapat membantu pesakit bernafas dengan baik.
}Menyediakan pengudaraan yang baik seperti membuka tingkap supaya pesakit dapat udara yang segar.
}Ajar pesakit melakukan senaman pernafasan dalam untuk membantu pesakit bernafas dengan betul.
}Posisikan pesakit pada posisi Fowler’s supaya dapat mengembangkan ruang toraks untuk mudahkan pernafasan
3. Perubahan nutrisi menurun  berkaitan dengan anoreksia dipsnea.
}Bagi pesakit makan sedikit tetapi dengan kerap untuk tingkatkan selera makan.
}Galakkan keluarga pesakit membawa makan kegemaran untuk tingkatkan selera makan.
}Elakkan pesakit minum air dengan banyak sebelum makan untuk elak pesakit cepat kenyang.
}Sediakan persekitaran yang baik iaitu jauhkan bedpan dari pesakit untuk tingkatkan selera makan pesakit.
}Suap pesakit makan agar pesakit dapat nutrisi yang mengcukupi.
}Posisikan pesakit pada posisi Fowler’s supaya pesakit tidak tercekik ketika makan dan mudahkan pesakit menelan.

Wednesday, 3 August 2016

BRONCHITIS

BRONCHITIS.


1) Berikan definisi bronchitis?
·         Inflamasi dan infeksi berlaku pada mucus membrane salur bronchi.

2) Nyatakan 2 klasifikasi bronchitis?
        i.            Acute bronchitis disebabkan oleh mikroorganisma atau agen alahan.
      ii.            Chronic bronchitis disebabkan oleh inflamasi tisu paru-paru yang berulang kali.

3)Senaraikan etiologi bronchitis?
        i.            Infeksi
      ii.            Alahan.
    iii.            Iritasi pada bronchus (trauma dan ciliary dyskinesia)

4)Nyatakan 5 manifestasi klinikal bronchitis?
        i.            Deman. – Suhu badan tinggi disebabkan gangguan pusat kawalan suhu oleh toksin dan microorganism.
      ii.            Tachycardia. – Kadar nadi meningkat disebabkan kadar metabolism meningkat.
    iii.            Dyspnea dan wheezing. – Pernafasan terganggu akibat kehadiran sekresi.
    iv.            Batuk. – Produktif akibatpenghasilan pertambahan mucus.
      v.            Chest pain. – Akibat inflamasi bronchus berhampiran dengan pleural cavity serta batuk yang kerap.

5)Nyatakan data subjektif dan data objektif untuk tentang penyakit bronchitis.
        i.            Data subjektif.
-Aduan pesakit. (Batuk dan demam)
      ii.            Data objektif.
-Semasa pemeriksaan fizikal. (dyspnea, tanda vital, nadi dan pernafasan)
-Sejarah kesihatan pesakit. (Penyakit chronic obstructive pulmonary disease)

6)Nyatakan cara untuk mengesan bronchitis?
        i.            Chest X ray
      ii.            Blood test.
    iii.            Blood gases (ABG)
    iv.            Sputum C&S.

7) Nyatakan komplikasi bronchitis?
        i.            Bronchopneumonia.
      ii.            Chronic bronchitis.
    iii.            Atelectasis.
    iv.            Emphysema.
      v.            Empyema.

8) Nyatakan cara untuk mencegah risiko mendapat bronchitis?
        i.            Senaman dengan kerap.
      ii.            Makan diet yang seimbang dan sihat.
    iii.            Basuh tangan dengan kerap.
    iv.            Cara batuk dengan betul.

9)Berikan intervensi kejururawatan bagi penyakit bronchitis?
        i.            Rehatkan pesakit untuk kurangkan aktiviti metabolism.
      ii.            Baringkan pesakit pada posisi Fowler’s untuk luaskan ruang toraks.
    iii.            Beri terapi oksigen.
    iv.            Galakkan pengambilan cecair yang banyak iaitu 2L hingga 3L.

      v.            Jauhi dari tempat yang sesak, berhabuk dan pencemaran udara.