Aku
memandang sayu wajah teman baikku. Aku tak sangka dia sanggup memutuskan
persahabatan kami yang telah terjalin selama tiga tahun hanya kerana seorang insan
bernama lelaki. Aku agak kecewa kerana dia sanggup menuduhku yang bukan-bukan
saat ingin memutuskannya.
“Ain,
jom kita ke kantin. Aku dah laparlah.”rengek Syauqina sambil tangannya sibuk
memegang perut yang berkeroncong. Aku tersenyum melihat telatahnya. Seketika
aku terdiam kerana terpandangkan Rauqah.
Syauqina
melirik matanya ke arah pandangan mata yang sama denganku. Aku tersenyum dengan
senyuman yang aku tak pasti akan maknanya. Mesra saja aku melihat Rauqah dengan
Raziq. Lupakah dia dengan kenangan kami satu ketika dahulu? Sedikit pun dia tak
memandang ke arahku, aku redha akan takdir dalam perhubungan kami.
“Dahlah
tu, jomlah kita ke kantin. Biarkan je Rauqah dengan kekasih dia tu. Kau
percayalah cakap aku, satu hari nanti dia mesti akan bersahabat kembali dengan
kau.” Syauqina menyedapkan hati aku.
“Aku
harap macam itulah. Lagipun kau pun tahu yang si Raziq tu bukannya baik sangat.
Haha” aku gelak jahat. Syauqina turut sama ketawa denganku.