Friday, 13 February 2015

CERPEN DIARI PENDOSA : KEMAAFAN SEORANG IBU

Kedengaran azan sedang berkumandang menandakan sudah masuk waktu solat Asar bagi wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan kawasan-kawasan yang sama waktu dengannya.- siaran langsung daripada TV3.
“Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan iaitu solat apabila masuk waktunya, jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan kafan) dan anak gadis setelah ditemui yang sesuai untuknya.”-HR Tarmizi.
Jannah segera menutup buku pelajarannya untuk segera menunaikan solat Asar. Jannah seorang yang amat menjaga hubungannya sebagai hamba dengan pencipta-Nya. Setelah selesai berwuduk dan memakai telekung solat, segera dia mengabadikan diri kepada pencipta langit dan bumi. Sesungguhnya tiada  nikmat yang lebih besar melainkan nikmat Iman dan Islam.
Jannah kembali semula ke ruang tamu untuk menyambung study. Laju tangannya menulis nota Sejarah.

Tuesday, 10 February 2015

HATI-HATI NOMBOR TAK KENAL

Assalamu'alaikum..

Hari ni nak cerita sikit tentang handphone. Saya memang tak suka layan nombor tak kenal. Tak tahu kenapa, tapi memang tak suka. Mula-mula pakai phone dulu adalah dalam 6tahun dahulu, suka contact nombor tak kenal, buat 'prank' saja-saja.

Tapi semenjak dah dewasa dan tahu 'iktilat' kena jaga. Jadi kalau ada nombor tak kenal hantar massage nak berkenalan, terus tak layan. Kalau ada tanya apa-apa yang tak berkaitan, terus balas salah nombor. Kemudian dia pun mulalah corner kot lain buat nak berkenalan, pun tak layan.

Call. Memang jenis tak suka nak cakap telefon, tak tahu kenapa, rasa takut, berdebar, tak selesa. Mula-mula pakai phone, kalau ada nombor tak dikenali call mesti angkat dan biar je, biar kredit dia terjejas. Haha. Lama-kelamaan tak layan terus, tak minat nak cakap. Saya hantar massage je tanya siapa dan ada hal apa. So dari situ saya tahu siapa dan kepentingan apa dia nak. kalau stakat nk berkawan, malaslah.Teruk ke??

Tapi sebab sikap saya yang macam ni gak, kadang-kadang kawan-kawan yang call pun saya tak angkat sebab seorang kawan tu, 2,3 nombor dia ada. Aduh! Tak cukup nak save dalam phone. Huhu. Rasa bersalah tu memang ada, tapi macam tu lah. Hmm. Tapi sekarang, kalau ada yang call, saya akan angkat dan tak cakap apa-apa, nak tengok siapa yang call. Kalau tak penting, terus letak. Hee..

Bukan apa, kadang-kadang orang mengarut massage dan call nak cakap yang bukan-bukan. Apa hal??! Seram! Punyalah kita nie berjaga-jaga tak angkat nombor tak kenal, sebab takut satu hal, satu lagi sebab ni lah. Kalau call ke handset senanglah, nombor naik. kalau call telefon rumah, tak tahu siapa, terus angkat.

Tibalah satu malam tu, phone rumah berdering, kring kringg... Saya mengeluhlah, siapa yang call malam-malam buta nie. Bila angkat je, "assalamu'alaikum."tanya saya, dia yang call terus soal tanpa jawab salam, "boleh saya ahh ahh awak?". Allah! Seram sejuk masa tu. Terus letak phone. Hati berdebar-debar. Takut. Tangan terketar-ketar. Boleh dengar degupan jantung sendiri. Huhu Tak malu langsung, boleh tanya soalan macam tu sedangkan kita bagi salam dah tu. Kali kedua dia call, suruh abang angkat, dengar suara lelaki terus dia letak telefon. Tahu takut. Sengal!!

Moral of the story; Tolonglah jaga etika kalau nak call or sms orang. Kalau saja-saja pakat tekan nombor nak sembang 'bodo-bodo' baik lupakan je. Ingat, kita hidup ni bukannya lama. Sekian, salam.