Assalamu'alaikum.. Hari ni tiba2 teringat kat kawan lama, jadi saja nak post supaya kalau dia baca, dia bolehla contact aku ke?? Bukan apa, sebenarnya kawan yang aku maksudkan tu dah lebih 12tahun tak berjumpa, muka pun dah tak ingat, nama pun lupa.. Huhu.. Lelaki. Harap2 dia ingat aku lagi.
Last jumpa masa darjah dua (Sekolah Kebangsaan Pusat Dungun-SKPD) Kelas 2Kemboja.. Dia kena pindah sekolah masa pertengahan tahun tu.. Masa tu budak2 lagi, jadi tak faham sangat bab2 nak berpisah nie.. Huhu.. Sedihla. Rindu nak jumpa dia..
Masa dia pindah sekolah tu, aku ada cakap dengan Anuar "mana dia? Tak nampak pun?". Anuar jawab "La, kan dia dah pindah sekolah." Aku pula tak tahu kenapa blur masa tu. Budak2 lagi, ingatkan boleh jumpa lagi, tapi semakin lama semakin dewasa baru faham macam mana dunia nie berfungsi. Huhu.
Sebab dia banyak bantu aku masa darjah 2. Aku selalu kena buli oleh seorang budak perempuan ni, dia suruh aku tolong padamkan contengan dimeja dialah, sedangkan dia yang conteng. Dia suka kutil aku la, huhu.. Tapi dia tak berani bila budak lelaki merangkap kawan aku bantu aku.. Dia selalu tolong aku..Dia siap bagi amaran kat budak perempuan tu jangan ganggu saya. Terharu woo.
Aku selalu dengan budak lelaki tu sebab aku rasa selamat dengan dia dan aku tak ada kawan sebenarnya. Dia baik dengan Anuar, jadi aku pun kawan dengan Anuar gak. Nie awal2 tahun aku kena buli sebab maklumlah baru pindah kelas kena buli la dah tak ada kawan.Huhu., Nak masuk pertengahan tahun dan seterusnya aku dah ada kawan baik, mungkin sebab tu aku blur tentang dia,sampai lupa.Huhu. Jahat aku, sampai hati aku lupa dia,
Aku pun dah lupa, tapi masa tu aku ingat lagi,satu2nya kenangan yang paling aku ingat dalam otak aku yang bernas nie. Aku duduk bertentangan dengan dia masa tu. Biasalah masa tu meja disusun 4. Budak2 kan. Aku tongkat dagu sambil tengok dia, "bosanla, ce nyanyi gop" kata aku sambil pandang dia. Dia senyum dan perlahan suaranya menuturkan bait-bait lirik Westlife..Aku tersenyum senang. Suara dia best sangat, suara budak2. Kawaii.
Tajuk lagu yang dia nyanyi, haa aku tak boleh cakapla, kalau dia sedang baca post ni, dia mungkin akan tahu dan ingat. InsyaAllah, moga2 dia ingat. Haha. Berharap sangat.. Kadang2 terfikir gak, adakah dia tu just kawan imaginasi aku je, sebab muka, suara, nama dan semua pasal dia aku lupa
Sedihkan??Bila kita teringin sangat nak jumpa dia, tapi satu pun tentang dia kita tak ingat, rasa terkilan kan, sedih sangat.. Huhu.. Moga2 Allah temukan kami. Aamiin.. Awak munculkanlah diri, sekiranya awak panjang umur dan masih wujud sekarang nie, tolonglah cari saya. Contact saya. Moga2 sedikit cerita ni dapat membuatkan dia tahu siapa yang aku maksudkan.
Arghhh, tak tahu nak tulis macam mana lagi supaya aku dapat gambarkan dia itu siapa. Tolonglah, moga aku jumpa. Aamiin. Janganlah dia ingat aku, tapi dia tak nak contact aku. Tolong ea, jangan buat aku rasa terkilan sepanjang aku hidup bila ingat ke mu, nak2 kalau dengar lagu Westlife tu, lagilah aku sedih.. Huaaa.
No comments:
Post a Comment