Kecewa dalam bercinta... |
1. Menipu
Menipu adalah “pembunuh” utama
dalam sebuah perhubungan. Ia umpama ledakan gunung berapi yang meletus hebat.
Ada yang menipu untuk “menyelamatkan” sebuah perhubungan, namun mereka tidak
mahu hati pasangan terluka. Sesetengah orang tidak dapat menerima bahawa hati
mereka telah dipermainkan.
2. Harapan / Kebebasan
Ada pasangan meletakkan harapan
yang sangat tinggi kepada pasangannya malah mereka bergantung penuh kepada
pasangan. Ada lelaki menyukai hal ini tetapi ada juga yang sebaliknya. Di
sinilah timbulnya konflik yang mungkin menyebabkan hubungan terputus di tengah
jalan. Ada pula lelaki yang inginkan kebebasan, tetapi dikongkong. Hal-hal
beginilah membuatkan perhubungan tersekat.
3. Terlalu Memikirkan Aspek
Perkahwinan
Perhubungan yang sihat biasanya
berlangsung dalam suasana yang sangat harmonis. Ia perlu diisi dengan kasih
sayang dan sikap saling memahami. Bila semua ini ada barulah perhubungan boleh
sampai ke peringkat serius. Tapi sesetengah wanita, yang baru saja berkenalan
terus saja mengharap akan ia berakhir dengan perkahwinan. Mereka takut jika
perhubungan dijalinkan hanya sia-sia sahaja. Jadi kalau timbulnya konflik ini,
perhubungan boleh menjadi putus.
4. Mengungkit Hal Yang Lalu
Menjadi kepantangan bagi sesetengah
orang untuk mengungkit hal-hal yang lepas. Apatah lagi jika mengungkit akan
kekasih lama. Belajarlah dari kesilapan, jangan mengungkit kisah lalu kalau
anda sayangkan perhubungan.
5. Berbeza Pendapat
Dalam menjalin sebuah perhubungan,
perbezaan pendapat memang sering terjadi. Kita mempunyai idea yang berbeza
dengan pasangan dan hal-hal inilah yang membuatkan pasangan sering berbalah.
Ada yang mempunyai cita-cita tetapi tidak dapat ditunaikan hanya kerana
pasangan tidak mengizinkan. Itu adalah antara perkara yang boleh membantutkan
sesebuah perhubungan.
6. Status Yang Tinggi
Ada sesetengah pasangan sangat
gembira dengan perhubungan yang dijalinkan. Mereka sangat bahagia namun ada
sesetengahnya begitu mementingkan status diri. Mereka memilih pasangan yang
dirasakan sangat sesuai dengan diri mereka.
7. Hal-hal Yang Menyakitkan Hati
Ada perkara yang dibuat oleh
pasangan memang menyakitkan hati. Malah sanggup melakukan hal-hal bodoh
semata-mata mahu menyakiti hati orang lain. Jadi kalau inilah yang terjadi,
hubungan anda pasti tidak akan bertahan lama.
8. Kehidupan Yang Sangat Mendesak
Ada sesetengah pasangan memang suka
menyusahkan pasangannya. Mereka sering memberikan masalah dengan membuat
pelbagai perkara hingga ia menyakiti hati pasangan. Kehidupan yang sangat
terdesak ini adakalanya membuatkan perhubungan tidak berlangsung dengan baik.
9. Kawan-kawan dan Keluarga
Tidak mustahil, kawan-kawan dan
keluarga juga boleh membuatkan sebuah perhubungan menjadi tidak stabil.
Pengaruh dari kawan-kawan dan keluarga boleh mempengaruhi keputusan. Jangan
salah sangka, orang yang anda sayang pun boleh terlepas dari tangan jika keluarganya
tidak menyukai anda.
#NotaDariOneNote#
No comments:
Post a Comment