Assalamu'alaikum. Hari ni nak kongsi sikit pasal kisah Rasulullah s.a.w..Moga dijadikan teladan.
"Suatu
hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda
bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau
sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya. Siapa yang melihat pasti
terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh
Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum.
Biasanya
Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak
seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan.
Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita
itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda.
Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu.
Lalu
mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah
kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali
pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian
yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya
akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya."
Begitulah
akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian
seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula.
Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia
bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda
dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya
di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.
Kita
hendaklah menghargai pemberian orang lain walaupun pemberian tersebut bukan
kesukaan kita. Ucaplah terima kasih dan terimalah dengan hati yang ikhlas dan
terbuka kerana setiap pemberian adalah rezeki daripada Allah.
No comments:
Post a Comment