Pertama: Ayahnya
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan
anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama
seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak
perempuannya tidak menutup aurat.. tidak cukup kalau dengan hanya memberi
kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.
Kedua: Suaminya
Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk
isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi
untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiam diri..
walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia
akan ditarik oleh isterinya.
Ketiga: Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita
jatuh kepala abang-abangnya.. jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja
dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM.. tunggulah tarikan
adiknya di akhirat.
Keempat: Anak Lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal
kelakuan yang haram dari islam, maka anak itu akan disoal dan
dipertangungjawabkan di akhirat kelak.. nantikan tarikan ibunya.
Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di
dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat…maka kaum lelaki yang
bergelar ayah / suami / abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang
sebenar tidak silap firman ALLAH S.W.T.:-
“Hai anak adam peliharakanlah diri
kamu serta ahli kamu dari api neraka, di mana bahan pembakarnya ialah manusia
dan batu-batu..”
Hai wanita, kasihankan ayah anda, suami anda, abang-abang anda
serta anak-anak lelaki anda…kesiankanlah mereka dan diri kamu sendiri..
jalankan perintah ALLAH S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dan dengan ikhlas..
Akhir kata, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari
ditarik dan tertarik.. oleh mana-mana pihak. Harga seseorang muslim adalah
sangat berharga. ALLAH S.W.T. nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA.. semua
kaum muslim masuk syurga.. janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji
ALLAH S.W.T.
No comments:
Post a Comment