Friday, 31 October 2014

SEJARAH RINGKAS SMASID

Sejarah ringkas Sekolah Menengah Agama Sultan Ismail Dungun

Pada hari Sabtu ,26 April 1958 bersamaan dengan 7 Syawal 1377, maka lahirlah Sekolah ‘Al-arabiah’ di daerah Dungun.Dengan kelahiran sekolah agama baru ini ,maka bererti satu lagi pusat pengajian Islam bertambah di negeri ini .

Sekolah ini di tubuhkan oleh jawatankuasa yang di bentuk di pengerusikan oleh Tuan Pegawai Daerah Dungun pada ketika itu ,iaitu Yang Berbahagia Tuan Bachik bin Abd Jalil , yang kemudiannya bergelar Dato’ Aria Negara .Apabila kita memperkatakan tentang kemajuan sekolah ini ,maka sudah tentu kita tidak dapat melupakan usaha-usaha murni pihak tertentu dalam melaksanakan pembinaan sekolah baru ini .

Pada peringkat awal , sekolah ini hanya mempunyai pelajar seramai 94 orang ( 48 lelaki dan 46 perempuan ) dengan seorang guru merangkap Pengetua sekolah ini , iaitu Ustaz Lop Yusof bin A.Rahman.Pada bulan Julai yang bertarikh 24 haribulan , bersamaan dengan 9 Muharram 13 78 , iaitu setelah 3 bulan sekolah ini menjalankan pentadbirannya ,maka satu upacara pembukaan rasmi sekolah ini telah di sempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Al –Marhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah ,Sultan Terengganu Darul Iman . Sempena nama baginda sendiri ,maka pada detik yang penuh bersejarah itu , sekolah ini telah di perkenalkan secara rasminya dengan nama “ Sekolah Ugama Sultan Ismail Dungun” .


Pembangunan Fizikal

Kerajaan negeri melalui Jabtan Hal Ehwal Agama Terengganu ( JHEAT ) ,Bahagian Pendidikan telah membekalkan ramai guru siswazah dan bukan siswazah , peralatan pejabat dan kelengkapan sekolah semasa ia masih bertaraf sekolah rakyat ,kini Sekolah Menengah Agama Sultan Ismai telah mempunyai beberapa blok bangunan baru tiga tingkat yang mula di gunakan pada tahun 1986 lalu , Dua blok bangunan baru tiga tingkat untuk kegunaan sekolah dan pejabat , dua blok tiga tingkat asrama putera dan puteri , dan satu kantin baru yang amat selesa , satu dewan besar di samping bangunan –bangunan yang sedia ada .

Sebagai sebuah sekolah aliran agama yang tunggal di daerah ini , sambutan orang ramai amat menggalakan .Semenjak sekolah ini mula di buka hingglah sekarang , bilangan pelajarnya sentiasa bertambah .Dan pada masa ini berjumlah 805 lelaki dan pelajar perempuan dengan 66 orang tenaga pengajar yang terdiri daripada pelbagai kategori .


Pembangunan Akademik

Kemasukan pelajar bukan sahaja dari daerah Dungun dan negeri Terengganu ,malahan juga dari daerah lain , pada mulanya sekolah ini menggunakan system pelajaran aliran Arab Ibtida’l dan Thanawi .Tetapi di sebabkan perubahan masa , sehingga sekarang menggunakan Kurikulum Kementerian Pendidikan .Pada tahun 1968 ,bermulalah pengajian Sijil Rendah Pelajaran dengan Sijil Ibtida’l .Sementara pengajian Sijil Pelajaran Malaysia hanya bermula pada tahun 1981 .Walaubagaimanapun ,mata pelajaran Bahasa Arab dan Agama tetap di berikan penekanan sebagai persediaan memasuki aliran Thanawi Di Sekolah Menengah Agama Sultan Zainai Abdin ,Kuala Terengganu .Begitu juga Kolej Agama Sultan Zainal Abidin ,Universiti Islam Antarabangsa (UIA ) ,Universiti –university Timur Tengah serta Maktab Penguruan Islam Bangi

Pelajar –pelajar dari sekolah ini Berjaya dengan cemerlang dalam peperikasaan PMR , dan SPM ,telah berjaya menyambung pelajaran mereka ke Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin ,Kolej Sains Pendidikan Islam Terengganu .KOSPINT serta beberapa buah Sekolah Menengah Agama Berasrama Penuh di seluruh Malaysia .Selain dari itu ,ramai pelajar yang berjaya menyambung pelajaran mereka ke universiti-universiti tempatan dan luar negeri

Dalam bidang ko-kurikulum ,sekolah ini juga tidak ketinggalan berbanding dengan sekolah agama atau sekolah kementerian yang lain .Malah merupakan perintis untuk beberapa kegiatan tertentu .Misalnya ,pembelajaran computer di mana sekolah adalah salah sebuah sekolah percubaan .Buat masa ini makmal computer dapat di jalankan pada setiap petang .Sekolah ini juga merupakan sekolah yang pertama menubuhkan koperasi sekolah yang berdaftar


Dengan memperkenalkan mata pelajaran Kemahiran Hidup ,pelajar –pelajar menengah rendah telah di beri pendedahan awal tentang pertukangan tangan, jahitan serta teori –teori asas kemahiran psicomotor .Adalah di harapkan pendedahan teknologi seperti kemahiran komputer ,pertukangan tangan ,jahitan akademik , dan pengetahuan agama dapat membina pelajar menjadi ihsan yang bertakwa serta berguna kepada agama , bangsa dan Negara Insyallah

Thursday, 30 October 2014

AMAL MA'RUF NAHI MUNGKAR - JGN TUNGGU KITA SEMPURNA

Gambar : www.langitilahi.com
"Mereka budak agama. Aku bukan budak agama. Mereka pakai tudung labuh. Aku tudung tiga segi aja”

Dan akhirnya, kita tinggalkan mereka.
Ini kesilapan yang paling besar. Siapa la ajar penegur itu kena sempurna. Kita ni, menegur sambil memperbaiki diri. Kita budak agama ke, bukan budak agama ke, kalau sesuatu kita rasa patut tegur, walaupun teguran kita tu ala-ala menghentam diri sendiri, kena tegurlah juga.

Apa barang bai main kutuk-kutuk belakang aja?

“Dia kan budak agama, dia mesti faham”

Kalau macam itu, budak agama mestilah malaikat semuanya. Tak akan ada buat salah.
Jadi, kalau ada kudrat, ada suara lagi, ada tenaga lagi, itu tandanya ‘mampu’ itu masih ada pada kamu. Maka, kamu berdosa kalau tidak menegurnya. Teknologi hari ini lagi la ada macam-macam. E-mail ada, facebook ada, Yahoo Messenger ada. Kalau nak pakai gaya zaman P.Ramlee pun boleh – tulis surat.


Kemudian, tegur bukan sekali.
Berkali-kali. Sampaila terjadi salah satu dari empat perkara. Apa dia?


Kamu mati.
Dia mati.
Matahari terbit dari barat.
Dia berubah.


Selagi tak berlaku empat perkara ini, adalah tidak patut kita berputus asa dalam memberikan teguran. Kalau tak makan dengan plan A, kita bagi dia plan B. Kalau plan B dia tak boleh jugak, kita bagi dia plan C. Sampai la plan Z. Kalau tak boleh jugak, kita bagi dia plan AZ pula. Kalau tak boleh lagi, bagi plan BZ dan begitulah seterusnya. Sampai salah satu dari empat perkara tadi terjadi pada kita.


“Tapi dia budak agama” Kamu ulang lagi benda ni.


Sudah-sudah. “Dia manusia juga” itu kata saya.


Ayuh, jangan cakap belakang sahaja.
Rapati dia, berikan nasihat. Laksanakan tanggungjawab kamu sebagai seseorang yang faham bahawa dia telah tersasar daripada Allah SWT.


Sesungguhnya, menebarkan kebaikan itu adalah tanggungjawab orang yang beriman.
Tidak kira, kamu budak sekolah agama, atau bukan.


1# TIPS SIHAT GAYA RASULULLAH

Kandungan daripada buku
365 Tip Sihat Gaya Rasulullah.

Allah berfirman dalam surah Muhammad, ayat 38, "Ingatlah kamu diseru supaya menderma dan membelanjakan sedikit harta benda di jalan Allah. Tetapi ada di antara kamu yang berlaku bakhil. Sesiapa yang berlaku bakhil, sesungguhnya dia hanyalah berlaku bakhil kepada diri sendiri. Ingatlah Allah itu Maha Kaya sedangkan kamu semua orang yang miskin. Apabila kamu berpaling daripada beriman, bertakwa dan menderma, Dia mengantikan kamu dengan kaum yang lain yang tidak lagi berkeadaan seperti kamu.."

Punca kebakhilan adalah mencintai dunia secara berlebihan, takut miskin dan hati selalu runsing dan tidak bahagia. Akibatnya diri mudah diserang gangguan seperti nyanyuk dan sukar tidur. Kesedihan yang berpanjangan menyebabkan kita mudah diserang penyakit paru-paru.

Wednesday, 29 October 2014

PENGALAMAN IV SPA SEPARA PERUBATAN


Pengalaman pertama interview SPA. (27 Oktober 2014 / 2.40pm)
Aku mula bertolak dari rumah jam 10.15am memandangkan aku tinggal di Dungun. Aku dapat temuduga di K.Terengganu. Sampai di sana, aku mendaftarkan diri.Aku sesi petang jam 2.40.
Selesai solat zohor, aku menanti giliran, lama giler. Bayangkan aku datang jam 1.30, habis aku diinterview jam 6petang. Memang penatlah. Pening kepala.

Sebelum diinterview macam2 maklumat aku cari dan baca. Aku dapat 3 jawatan. Juruteknologi Makmal Perubatan, Jururawat, dan Penolong Pegawai Farmasi. Sebelum ni dah dapat jawatan Jururawat sebanyak 2x tapi aku tak pergi sebab exam STPM dan surat sampai lewat.

Aku pilih Juruteknologi Makmal Perubatan yang pertama. Sebab aku minat kerja-kerja makmal. Kemudian aku baca tentang tugas2 MLT, bidang tugas MLT, tempat belajar pelajar MLT, pasal visi, misi, dan moto KKM, menteri2 kesihatan siapa, timbalan siapa, cara membasuh tangan dengan betul, pyramid makanan, bacaan nadi, denyutan jantung dan tekanan darah normal berapa.. Siap aku search tentang pengalaman2 orang yang pernah pergi IV sebelum nie..

Aku tunggu lama sangat, tiba2 ada kakitangan KPDNKK sebut nama aku.
Aku terkejut nama aku disebut. Ahh sudah .Apahal pulak nie?? Aku bayangkan abang aku dah masa tu.Aku angkat tangan..

Aku : Ya saya. Kenapa??

Dia : abang awak Tanya lambat lagi ke, dia suruh awak call dia. Awak sampai malam ke??dia kesian kat mak awk, tunggu lama.

Aku : eh taklah, petang je,(aku dah agak dah, ishhh abang aku nie memang, aku biasa berangan je mende2 camni terjadi, tup2 jadi kat aku) saya tak bawa phone, ada kat bawah dengan mak. Dia pun hulurkan phone dia. Aku pun call abang aku. Lepas cakap2 , aku serahkan balik phone dia. Malu wei, semua staff KPDNKK tengok2 aku. Siap kenal nama aku.

Ada sorang mamat tu selalu sebut2 nama aku. Ahhh sudah. Aku senyum jelah dia sebut nama aku. Dia pun cakaplah “tak, nama awak sama dengan kawan saya kat bawah.”. Aku senyum sambil anggukan kepala.

Sekali lagi dia panggil aku, aku pusing tengok dia. “awak ada gula2?” Aku geleng kepala. Main2 sungguh. Dia cakap dia gurau je. Itulah, semua gara2 abang aku yang tak sabar nak balik, sampai pergi jumpa orang Tanya status aku dan Iv ke belum..

Ok dah! Tutup cerita. Bila aku masuk dalam bilik IV, satu pun soalan yang aku baca tak masuk. Masuk satu je itupun soalan mudah.

Ok.. Mula2 aku nak masuk bilik IV,aku tarik nafas panjang-panjang. Aku ketuk pintu dahulu..Dengan langkah kanan. Aku bagi salam sambil tersenyum. Menghampiri penemuduga untuk bagi fail sijil.

Aku pun disuruh duduk. Aku ucapkan terima kasih lagi dengan senyuman. Banyak sangat aku senyum dengan penemuduga nie, dah macam kerang busuk pun ada. Hahaha. Aku diIV oleh dua orang penemuduga, lelaki. Muka nampak garang, tapi hati banyak baik maa.. Siap buat lawak pun ada. Ahaha.

Sebelum tu lupa nak cakap, etika pemakaian. Baju jangan terlalu terang, elakkan memakai baju oren atau purple terang. Pakai baju yang kaler cerah2 je. Kasut pastikan tertutup dan bewarna hitam ok. Jangan mekap tebal2, cukup sekadar oleskan muka dengan bedak,dan sedikit gincu.

Perbualan aku(AK) dan penemuduga(PD)…
Krik, krik, krik.. senyap je mula2 dalam 30saat gak, PD tu sorang tengah semak2 fail sijil aku, sorang laki sedang mengadap lappy, mungkin dia tengok apa2 maklumat berkaitan aku dan bidang yang aku dapat agaknya, sebab dia tak cek fail tapi dia tahu jawatan SPA apa yang aku dapat, dan dia tahu aku budak lepasan STPM.

Dia tengak nama ayah aku, Zolkifli.. Aku dengar rasa nak tegur sebab salah. Tapi dia Tanya aku dulu, Zolkiflai ke?? Aku jawab ye.. senyum..

PD1 : Ok, awak baru lepasan STPM ya?
Ak : Ya saya.(gabra beb. 2x dia Tanya baru aku jawab, tak jelas sangat dia Tanya. Heee.)
PD1 : Tak belajar ke?
Ak : Tak.
PD1 : Buat apa kat rumah?
Ak : Tolong mak jaga budak.(tersasul nak cakap loghat Terengganu.hahaha.)
PD1 : (terkejut, muka berkerut) Ha? Jaga budak??
Ak : Ya, tak( sambil senyum, baru faham dia tak faham rupanya.)tolong mak mengasuh budak. Barulah PD1 faham..
PD1 : Awk tak mintak belajar ke?
Ak : Tak dapat. (senyum. Disebabkan aku rasa aku ni jawab satu2, so aku buat ramah sikit.) Pihak U ramai ambil pelajar lepasan matrik dan STAM. Pelajar STPM sikit je yang dia ambil.
PD1 : (angguk2) Tak minta diploma?
Ak : Tak. Minta degree je.
PD1 : OK. Baiklah. Awak minta MLT, tak minat ke jururawat??
Ak : (was2 sekejap. Takkan nak cakap tak minat jururawat.) Minat saya lebih terarah kepada MLT, saya suka kerja2 makmal.
PD1 : Tak takut ke kalau dapat jangkitan??
Ak : (ahh sudah.. dengan yakin aku jawab.) Siapa tak takut dapat jangkitan. Tapi. InsyaAllah. Tak. InsyaAllah.(aku senyum kambing, tak ikhlas nk senyum. Soalan macam tu. Was2 aku.)
PD1 : Ok. Seorang MLT nie, dia kaji apa selain najis, air kencing??
Ak : MLT kaji kahak, darah, air mani, dan sel2 yang terdapat di tubuh badan manusia.
PD1 : lagi???
Ak : Itu je yang saya tahu.(senyum senget) Mula2 PD1 yang banyak Tanya, mungkin dia nie ketua panel kot.
PD1 :Tak geli ke dengan kahak? Najis?? Kotor tu. Air kencing lagi.
Ak : (Alamak, siapa tak geli wei..aku tak dapat jawab..so..) Aku senyum je.
PD1 : macam mana nak elak daripada dijangkiti???
Ak : Pakai pakaian khas.(ahh sudah pakaian apa ea, betul ke, aku dah hentam dah.)
PD1 : pakai apa?? Yang macam orang pergi bulan tu.(aku dah senyum, dia buat lawak pula.. dia baik sangat PD nie..)
Ak : (Tangan aku dah macam2 gaya nak mengambarkan pakaian yang diapakai,) pakaian yang cam lut sinar tu. Lagi dia pakai penutup(tangan buat gaya tutup di mulut)
PD1 : penutup apa?
Ak : (cepat aku jawab sebab baru teringat.) penutup muka. Bila PD! Tanya apa lagi aku cepat2 jawab, sarung tanga(siap buat gaya lagi).
Ok lepas tu PD1 suruh PD2 plak soal aku. Aku pandang muka PD2. Senyum.
Pd2 : Apa yang awak siapak sebelum datang IV?
Ak : saya buat carian tentang jawatan yang saya dapat.
Pd2 : awak ada Tanya kawan2 ke?
Ak : ya, ada..tapi dia pun nak temuduga gak.. saya ada research tentang pengalaman2 orang yang Iv sebelum nie. Saya cari tahu tentang tugas2 MLT, tempat elajar dimana.
PD2 : Tahu kat mana tempat belajar?
Ak : tahu. Kat Kolej Teknologi makmal perubatan.
PD2 : Kat negeri mana tu???
Ak : (ahhh sudah. Aku mana tahu tempat dia negeri mana.) Aku senyum2 sebab tak leh jawab. Skil nak cpver, saya tahu satu lagi tempat belajar, kai Institusi Medical Research Kuala Lumpur..
PD2 : senyum2.. dia angguk2. Sambil senyum.
PD2 : sekarang ni kerajaan ada buat kempen basuh tangan kan? Untuk apa kempen tu dibuat??
Ak : untuk mengelakan bakteria,
PD2 : untuk apa mengelakan bakteria?
Ak : untuk menghindari kita sakit. Melalui bakteriakan  macam2 penyakit kita dapat, kalau makan, kita guna tangan kan, so mudahlah terkena keracunan makanan ke…
PD2 : Bakteria nie bukan orang je bagi kita, kita pun sebarkan juga bakteria.. Aku angguk2..
PD1 : Oklah, itu saja. Semoga Berjaya.
Ak : InsyaAllah. Terima kasih.(pergi dekat penemuduga untuk ambil fail, wajah tersenyum.selesai pun. Lega)


Itu jelah pengalaman aku. Aku dah tak berapa ingat apa yang aku bualkan dengan PD tu semua, tapi soalan itu je yang aku ditanya..Ohh, Maaf atas segala typo penulisan ye.. FYI, saya tak lulus temuduga nie..Bukan rezeki saya,Mungkin Allah ada perancangan yang lebih baik untuk saya, Alhamdulillah.. Sekian.

10 NASIHAT MEREKA YG BERCINTA

Wahai sahabat seakidahku.. Dengarlah & fahamilah:-
 1. Janganlah kau membiarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum engkau berkahwin dengan ‘si dia’.
 2. Bercintalah kau dengannya sekadar sahaja.Kelak mungkin ‘si dia’ bukan jodoh untukmu.
 3. Jika kau ingin berbahagia seumur hidup,tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum engkau berhak menjadi milik ‘si dia’.
 4. Jika engkau menyintainya,binalah asas perkahwinan dengan tidak melanggar syariat-Nya.
 5. Kebahagiaan yang kau lihat sebelum berkahwin hanya palsu,yang hakikatnya adalah selepas kau diijabkabulkan.
 6. Jikalau engkau inginkan pasangan hidupmu yang terbaik dalam untukmu,maka engkaulah yang patut menjadi yang terbaik dahulu.
 7. Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara berdating,cukuplah sekadar engkau tahu apa yang perlu kau tahu.
 8. Bercintalah untuk mencapai cinta-Nya.
 9. Jika engkau masih belum bercinta,tahanlah dirimu untuk bercinta sehingga yakin cinta tersebut membawamu ke gerbang perkahwinan.
 10. Jangan biarkan nafsumu dengan cinta yang tidak diterima di sisi Allah,kelak Allah akan tarik kebahagiaan darimu.
 Saat kamu bercinta, bukanlah sifat pasangan sebenar yang kamu nampak tapi ianya hanyalah sebahagian dari lakonan..

JAWAPAN BUAT MEREKA YANG BERDALIH MENUTUP AURAT

1. Walaupun dedah aurat, diri masih menjaga maruah dan tidak melakukan perkara tak senonoh? ”Janganlah nilai orang dari luarannya. Don’t judge a book by its cover!”
 “Walaupun tidak pakai tudung, saya tetap masih jaga solat dan menjaga tingkah laku”
 Jawapan: Adakah anda mendakwa diri anda mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri tanpa perlu menutup aurat? Tetapi adakah anda berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi yang melihat aurat anda mempunyai hati sesuci dan iman setinggi anda juga? Langsungkah mereka tidak memberi kesan dan tidak membangkitkan nafsu serakah mereka yang berada di hadapan anda? Jadi, perlu diberi kefahaman bahawa kewajipan wanita menutup aurat bukanlah semata-mata untuk menjaga maslahat dan maruah pihak wanita itu sendiri, tetapi maslahah yang lebih besar ialah menjaga masyarakat yang berada di sekelilingnya agar tidak terfitnah disebabkan budaya mendedahkan aurat. Betapa banyak kes-kes jenayah rogol dan cabul berpunca daripada wanita sendiri yang mempamerkan tubuh badannya yang terdedah di hadapan khalayak lelaki. Maka tutuplah aurat bukan sekadar untuk anda, tetapi juga demi kemaslahatan orang lain di sekeliling.

 2. Perempuan yang bertudung lebih teruk daripada tak bertudung? “Ala… perempuan pakai tudung pun berperangai buruk!” “Ada juga rakan saya yang betul-betul menutup aurat tetapi perangai dan kelakuan mereka lebih teruk dari perempuan yang tidak memakai tudung!” “Ada seorang kakak tu pakai tudung, tapi perangai buruk, mengumpat sana mengumpat sini” “Siapa kata orang tak pakai tudung semua jahat?” Jawapan: Ungkapan anda ini seolah-olah sedang memperlekehkan insan yang sedang berusaha mentaati perintah Allah (dalam bab tutup Aurat). Apakah anda perasan bahawa anda sudah lebih baik berbanding insan yang menutup aurat tersebut apabila anda berani melafazkan ungkapan seperti itu, sedangkan anda sendiri membiarkan aurat anda terbuka? Salah sama sekali dalam hal ehwal agama, untuk kita membandingkan diri kita dengan mereka yang lebih buruk agama dan akhlak. Ia adalah teknik Syaitan untuk menghentikan seseorang dari melakukan usaha pemulihan diri kepada yang lebih baik. Nabi bersabda: Dua perkara yang sesiapa dapat perolehinya akan ditulis dirinya sebagai hamba yang bersyukur dan sabar, sesiapa yang gagal dalamnya, tidak akan ditulis sebagai orang bersyukur dan sabar. Iaitu sesiapa yang melihat tentang agamanya kepada mereka yang jauh lebih baik darinya, lalu dia berusaha mengikutinya, dan dalam hal keduniaan mereka melihat kepada orang-orang yang kurang darinya sehingga ia memuji Allah atas nikmat yang diperolehinya. (HR At-Tirmidzi)

 3. Tidak mahu hipokrit bila bertudung? “Bertudung ni perlukan keikhlasan…” “Saya mahu berubah kerana saya sendiri yang ingin berubah. Saya mahu melakukannya dengan ikhlas, bukan kerana disuruh.” “Buat apa pakai tudung kalau hati tak betul” Jawapan: Allah swt dan RasulNya telah mengarahkan seluruh wanita muslimah WAJIB untuk menutup aurat tidak kira sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, suka atau tidak, disuruh oleh orang lain atau terbit dari hatinya sendiri. Sama seperti mendirikan solat, membayar zakat, puasa Ramadhan dan semua arahan serta larangan Islam yang lain, sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, terpaksa atau tidak. Sekiranya ikhlas dijadikan alasan maka, ramai diluar sana tidak perlu solat 5 waktu kerana sukar mencapai tahap keikhlasan yang ingin dicapai. Perlu diingatkan, jika seseorang menutup aurat secara ikhlas atau separa ikhlas, maka dia akan beroleh ganjaran sekadar keikhlasannya. Namun tanggungjawab fizikal yang diwajibkan oleh agama dikira sudah terlaksana secara zahirnya. ATAU kata lainnya, tatkala itu dia hanya BERDOSA SEKALI iaitu kerana tidak melaksanakannya secara ikhlas, tetapi dia terhindar dari dosa tidak mengerjakan yang wajib ke atasnya secara zahir. Namun jika dia degil dan tidak menutup aurat, atas alasan TIDAK IKHLAS, TIDAK MAHU HIPOKRIT dan sebagainya, tindakannya itu menjadikannya BERDOSA di sisi Allah secara fizikal dan juga spiritual, atau dalam kata lainnya, dia berdosa DUA KALI. Dosa di level pertama dan kedua sekaligus, malah lebih musnah apabila dosa level pertama itu sangat mudah bercambah apabila ia berjangkit kepada orang lain, seperti apabila sahaja ada mata lelaki bukan mahram yang melihat, ketika itu dosa bukan hanya dua kali tetapi sebanyak mata lelaki yang melihat. Adapun bagi mereka yang tidak ikhlas tadi, at least dia sudah terselamat dari cambahan dosa dari mata lelaki.

 4. Menunggu seru untuk bertudung? “Biarlah ianya datang daripada saya sendiri, bukan dipaksa sesiapa. Bila tiba masa, Insyaallah saya bertudung” “Saya tahu hari itu akan tiba tetapi bukan sekarang” “Insyaallah, apabila sudah berkahwin barulah saya bersedia” Jawapan: Jika bukan sekarang, maka adakah apabila sudah terlantar di rumah mayat baru ingin berubah? Sedarilah wahai diri, bahawa kematian akan datang secara tiba-tiba dan tiada sebarang jaminan umur masih panjang beberapa minggu lagi. “Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang bisa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan jangan menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara mereka, putera-putera lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang ‘aurat wanita. Dan jangalah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka.Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.” – (Surah an-Nur ayat 31)

4 LELAKI DITARIK KE NERAKA

Pertama: Ayahnya

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.. tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

Kedua: Suaminya
Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiam diri.. walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.

Ketiga: Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh kepala abang-abangnya.. jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM.. tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

Keempat: Anak Lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak.. nantikan tarikan ibunya.
Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat…maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami / abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar tidak silap firman ALLAH S.W.T.:-
“Hai anak adam peliharakanlah diri kamu serta ahli kamu dari api neraka, di mana bahan pembakarnya ialah manusia dan batu-batu..”
Hai wanita, kasihankan ayah anda, suami anda, abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda…kesiankanlah mereka dan diri kamu sendiri.. jalankan perintah ALLAH S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dan dengan ikhlas..
Akhir kata, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik.. oleh mana-mana pihak. Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH S.W.T. nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA.. semua kaum muslim masuk syurga.. janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji ALLAH S.W.T.