Saturday, 21 May 2016

Kawan or Lawan?

Assalamualaikum.

Kawan. Masing2 ada definisi tentang kawan sendiri. Tapi bagi ak masa 4bulan bukanlah masa yang cukup untuk kita mengenali siapa kawan kita yang sebenar. Tak cukup masa itu untuk selami dan kenali kawan kita luar dan dalam. Luaran mungkin lakonan untuk menutup sifat dalaman yang sebenar je.

Dulu, aku mudah percaya kawan sebab kawan kan? Mustahil dia nak perdajalkan kita kan, tapi bila dah duduk luar dari Terengganu dan jumpa kawan2 dari setiap pelosok Malaysia ni, barulah aku faham dunia sebenar yang selama ni tak aku tahu. Emm.

Just pelik je manusia nie, macam mana boleh sanggup tikam kawan yang sentiasa bergelak ketawa, suka duka bersama dengan lakonan depan kita, subhanallah bukan main baik dengan sifat prihatin dia.

Sekarang, i need to change to protect myself. Aku dah tak nak terlalu cepat dan mudah mempercayai seseorang yang baru sekejap kenal. Biarlah kawan sekadar kawan, nak taruh kepercayaan kat kawan tu dah susah bagi aku. Cukuplah atas apa yang dah berlaku.

Friday, 20 May 2016

Siapakah anda? Introvert atau Exrovert

Haa, apakah introvert dan exrovert nie? Personaliti nie diperkenalkan oleh Eysenck pada tahun 1975.

Ciri2 Introvert :
1.Pemikiran subjektif.
2.Lebih memberi tumpuan kepada diri sendiri.
3.Suka bersendirian.
4.Pemalu dan pendiam.
5.Bertindak lambat terhadap sesuatu keadaan.
6.Kerjaya sesuai ialah saintis, penulis.

Ciri2 Exrovert :
1.Pemikiran objektif.
2.Minat terhadap orang/objek disekeliling.
3.Suka bersosial
4.Peramah dan tegas.
5.Bertindak cepat terhadap sesuatu.
6.Kerjaya sesuai ialah artis,peguam.

So, anda yang mana satu?? 😏😜

Personaliti.

Personaliti nie merupakan gambaran tentang individu dari segi fizikal, sosial dan mental dan bagaimana individu tersebut bertindakbalas terhadap dirinya dan orang disekelilingnya.

Teori Sheldon nie dia ramal personaliti seseorang melalui bentuk tubuh antaranya :

1. Endomorphic body type (gemuk dan pendek)
-Periang, suka bergaul, suka makan dan tenang.
2.Mesomorphic body type (tegap)
-Tegas, berani, agresif dan tenang.
3.Ectomorphic body type (kurus dan tinggi)
-Pendiam, tidak suka bergaul, beremosi dan cerdik.

Kadang2 tak semua yang dikaji nie betul. Personaliti manusia nie atas diri masing2. Hati baik, baiklah perangai dia dan sebaliknya..

Thursday, 19 May 2016

Jururawat Pelatih (JP)

Assalamualaikum..

Nurse. Semua tahu kan apa itu nurse,ramai anggap nurse tugas yang mulia. Yes. It's true.. And i am proud being in this course..

Saham diri bila jadi nurse ni memang tinggi. Contohnya kawan aku bila post je gambar dia dalam fb,wechat or pape je. terus berpusu2 masuk add as friend. Haha..

Kadang2 doktor pun boleh bertukar kita JP nie as a staff nurse.. Amboi. Ha, bila aku dah duduk dalam bidang nie, baru ak faham kenapa staff nurse kat luar sana sekarang asyik bermasam muka je. Why? Sebab teramat mencabar bidang nie. Orang mungkin ingat biasa je, 'alah nurse nie keje dia bagi ubat je, basuh berak kencing patient,  jaga patient, itu je.' tapi dia x berhenti setakat tu, aku nak cakap lebih2 pun x boleh sebab aku pun baru JP sem1 tahun 1. Haha. Tapi seriously jangan pandang rendah kat nurse wei.

Aku ambil bidang nie asalnya bukan minat pun. 2x dapat aku reject sebab tak minat and fikir aurat. Malulah kan bila terpaksa dedahkan aurat and pakaian nampak bentuk tubuh. Pulak tu kena pegang patient tak kirabangsa, jantina lelaki or perempuan. But bila dah jadi JP nie perasaan tu xde dah sebab rasa kesian dekat patient yang lebih perlukan bantuan kita.

Haha, sejak stay dalam bidang nie, timbullah cita2 baru.Nak jadi nurse sukarelawan untuk bantu rakyat Palestine, Syria. Haha, tapi sebelum tu kena tuntut ilmu betul2 faham dan mahir supaya kat sana nanti, jika diizinkan Allah dapatlah aplikasikan. Tapi niat yang macam tu, kenalah Allah uji dulu sebab nak hadapi dunia macam Palestine tu perlukan tahap mental dan fizikal yang tinggi. Kerohanian pun sama. Kalau jadi staff nurse kat malaysia pun dah rasa sukar, macam mana nak hadapi cabaran kat sanakan.

Itu je lah setakat yang aku nak kongsikan. Ahh,lega dah luahkan dalam blog nie.. Nanti 20 tahun akan datang bolehlah aku tersenyum baca blog nie bila InsyaAllah dah jadi nurse yang diiktiraf nanti. doa kan aku. Assalamualaikum.