Friday, 23 September 2016

Kena Ganggu Hantu.

Assalamu'alaikum. nak kongsi la sikit pengalaman kena ganggu nie.

Pertama.
(Sem 1-Second time kena)
Masa mula2 sampai kat kolej sebab bercuti seminggu.. Biasalah bilik kalau tinggal sekejap je adalah mende2 tumpang. Sebab tu disarankan nak masuk bilik bg salam supaya 'mende' tu tak masuk sekali.
Nak dijadikan cerita, lepas stay sehari dah di asrama masa nak mandi baru perasan yang kat bahagian peha ada lebam2. Ada 3 titik, orang kabo kalau gitu sebab 'mende' gigit. Kita abaikan je la malas nak fikir sbb kat rumah pernah dah kena.
Lepas perasan kesan lebam, malam tu tidur kena ganggu. Baca doa dah.
Tidur mengiring mengadap dinding. muka hala ke dindingla maknanya. Tiba2 kat belakang badan rasa ada mende cakar. Allahu, masa tu kaku sekejap sebab sakit yang amat kena sampai rasa dada terangkat sikit sebab sakit sangat. Okayy, lepas hilang tu. Aku terus bangun and pandang sekeliling bilik, tenung je setiap inci bilik, tapi xdop mende pun. So sambung tidur balik,.
Ubahla posisi tidur membelakangi dinding plak, ya Allah. terasa ada mende cuit2 leher 3x. Astaghfirullah. Allah je tahu rasa tu. nak melompat tidur kat kawan pun ada, tapi fikir2 balik, kalau tunjuk lemah kat 'mende' tu, kohor dia suka. So abaikan je. Baca doa tidur balik and sambung tidur. okay. Takde gangguan dah malam tu..

To be continued.....

Thursday, 25 August 2016

Setiap Ujian Allah Ada Hikmahnya.

Assalamualaikum..

Setiap yang berlaku atau diuji Allah ada hikmahnya kan. Kadang2 kita tahu apa hikmahnya, dan kadang2 kita perlu ambil masa yang lama untuk cari hikmah disebalik ujian yang diberi. Sebab apa? sebab Ujian tanda Allah ingat akan kita. Baikkan Allah, Dia ingat kat kita dengan cara bagi kita ujian, untuk kita merintih dan mencari Allah, tuhan yang wajib disembah.

Rugi tau kalau orang tu tak pernah ditimpa susah sebab itu tandanya Allah bukan lupa akan kita, hambanya
sahaja tapi Allah jauhkan diri kita dari-Nya supaya semakin lama kita semakin hanyut dengan dunia. Rugi orang macam tu walaupun kita nampak dia senang je tak pernah susah. kan? so better dapat ujian kan?

Then, adalah satu kisah nie dimana dia nak mencerita apa hikmah disebalik ujian yang berlaku. cerita dipetik dari kawan saya ketika pulang dari kelas.

Kisahnya, ada seorang raja dan penasihat dia pergi berburu dihutan. Kemudian raja tersebut di-ngap binatang buas namun sempat diselamatkan oleh penasihatnya, kecuali jari kelingking raja tersebut dibaham binatang buas.

Di istana, penasihat tersebut di penjara disebabkan gagal menyelamatkan raja walau jari kelingking dia sahaja hilang. Setelah itu, raja pergi ke hutan berseorangan tanpa teman dan telah di tangkap oleh canibal. Saat orang canibal nk makan raja tersebut, raja dilepaskan dengan alasan raja itu cacat sebab tiada jari kelingking. Maka selamatlah raja dari dimakan.

Apabila di istana, raja tersebut berjumpa penasihatnya lalu menceritakan kejadian tersebut. Maka penasihat tersebut menerangkan hikmah disebalik ujian yang diturunkan.

Raja : wahai penasihat, aku hampir dimakan canibal tapi disebabkan aku kehilangan jari kelingking aku telah terselamat. maka, kamu aku lepaskan.
Penasihat : terima kasih tuanku, itulah hikmahnya kenapa jari tuanku hilang.
Raja : ye.. betul, tapi apa pula hikmahnya kamu telah beta kurung.
Penasihat : *sambil tersenyum dia berkata, mungkin sekiranya saya tidak dikurung tuanku, saya akan ikut tuanku, dan mungkin saya akan dimakan disebabkan saya cukup sifat anggota.

Maka raja tersebut faham apa yang berlaku pasti ada hikmahnya yang tersembunyi.